Wednesday 15 January 2014

Konsep Islamic Ammarfm Entertainment

Untuk makluman anda semua bahawa perkhidmatan dj Islamic & PA System yang cuba kami perkenalkan kepada umum agak sedikit berlainan dengan mana-mana perkhidmatan dj Islamic & PA System yang lain.




Di mana kami hanya memainkan lagu-lagu nasyid , ketuhanan & lagu-lagu yang ada masej ke arah kebaikan nyanyian artis lelaki sahaja dan kami juga tidak menyediakan sebarang bentuk perkhidmatan karaoke sepanjang majlis berlangsung .



Dj/Emcee kami yang bertugas bagi sesuatu majlis akan memulakan majlis dengan bacaan doa ( Doa pembuka majlis ) & doa ketika ketibaan pengantin ( doa pengantin ).



Kami juga ada menyedikan pakej bersama Pelajar Tahfiz untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda.



Di mana pelajar-pelajar tahfiz ini akan mempersembahkan bacaan qasidah di iringi dengan iringan muzik  ( percussion ) secara live ( contoh: Ya hanana & sholatun bisalamil mubin dan lain-lain )
Pelajar tahfiz ini juga akan berselawat mengiringi perarakkan masuk pengantin menuju ke pelamin atau meja makan. Dan apabila masuknya waktu Zohor, pelajar tahfiz ini juga akan melaunkan azan secara live.





 Untuk makluman pakej bersama pelajar tahfiz ini hanya untuk majlis yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur & selangor sahaja. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment