Tuesday 10 October 2017

Tugas & Tanggungjawab Kami sebagai Pengusaha Perkhidmatan Dj & PA System

Antara tugas & tanggung jawab kami sebagai pengusaha Dj/Emcee & PA System dengan kadar upah sewa sebanyak RM 450 ke RM 550 untuk satu majlis perkahwinan :-
- Bertugas selama 5 - 6 jam ( 10 pg - 4 ptg )
- Membuat pemasangan ( setup ) & pengemasan ( dismantel ) pa system         ( barang-barang yg berat unt di angkat )
* 2 biji speaker -berat sebiji speaker anggaran 10 kg - 30 kg ( mengikut jenis speaker )
* 1 buah poweramp (anggaran berat 10 kg-30 kg mengikut jenis power amp)
* bekas simpan kabel/mixer/mic/stand mic/ speaker/kipas ( anggaran berat 10 kg )
- menyampaikan maklumat-maklumat & info-info semasa majlis ( ucapan terima kasih & selamat datang kepada tetamu / menyampaikan maklumat ketibaan pengantin / membuat pengumuman alih kenderaan/pengumuman barang hilang/anak hilang dan lain-lain ) sepanjang majlis berlangsung.
- Dj akan memilih dan memainkan lagu yg bersesuaian dgn majlis ( sepanjang majlis )
- Juruacara Protocol ( semasa ketibaan pengantin )
* Juruacara kena tau nama panggilan hormat kepada tetamu vip
 ( Yg Berhormat kepada siapa & Yg         Berbahagia kepada siapa )
- Juruacara juga akan membacakan doa
 ( doa pembuka majlis semasa permulaan majlis & doa pengantin semasa ketibaan pengantin )
- Juruacara akan menguruskan acara memotong kek & sesi bergambar.
- Juruacara juga akan bertindak sebagai wakil tuan rumah kepada tetamu
Begitulah tugas kami bg setiap majlis yg telah diamanahkan.
Disaat harga minyak setiap minggu diselaraskan, harga kami tetap sama          ( tiada peningkatan ). Kami ke lokasi majlis dgn kereta ( harga minyak & tol kami tanggung ). Dan kami tak bezakan harga dengan pelanggan golongan sederhana mahu pelanggan yg kaya .
Harga kami tetap sama...