Wednesday 28 December 2016

Terima Kasih Kepada Semua Para Pelanggan

Selayaknya segala puji-pujian hanya buat Allah & Rasul-Rasul Nya.Alhamdulillah... 
Sedikit usaha dakwah dari pada kami Ammarfm Entertainment & rakan-rakan dj Islamik yg lain dalam usaha mencari redha & keberkatan dari Ilahi.
Hiburan berkonsepkan Islami kami sajikan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad disamping lagu-lagu nasyid & ketuhanan diselang selikan sedikit kata-kata nasihat secara santai sepanjang majlis berlangsung moga menjadi hiburan yg mendidik jiwa buat semua tetamu yg hadir.

Bermula pada tahun 2011 sehingga ke hari ini, Insyaallah kami di beri sedikit sebanyak pengalaman mengendalikan pelbagai majlis antaranya majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka, majlis anugerah kecemerlangan dan majlis hari keluarga.

Pernah diberikan peluang bertugas sebagai Juru Acara di puncak KL Tower, Saloma Bistro, Dewan Raja Muda Musa, Dewan MBSA Shah Alam, Dewan Muzium Shah Alam, Bangi Golf Resort dan lain-lain lagi sedikit sebanyak memberikan pengalaman yg begitu berharga buat kami.

Tak lupa juga kenangan manis bertugas di Felda, Kampung dan kawasan pedalaman yg pastinya tidak akan kami lupakan.

Terima kasih kepada semua para pelanggan yg terus memberikan sokongan kepada pihak kami. Doakan kami diberikan istiqomah dalam perjuangan ini.
Moga usaha dakwah kita ini Allah berkati. Insyaallah

Drp saya hamba kepada yg Maha Pencipta:
Dj Zull