Tuesday, 17 January 2017

Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan

Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum... 

Buat bakal-bakal pasangan pengantin.  Artikel di bawah mengenai Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan yang saya copy & paste dari blog berikut


sedikit sebnayak mungkin boleh dijadikan panduan buat kita semua dalam menjadikan Majlis Walimah yang berlangsung mendapat rahmat & keredhaan Ilahi.



Video Ceramah = Asal Usul Bersanding - Ustaz Jafri Abu Bakar

https://www.facebook.com/video.php?v=310068425811614&set=vb.226389644179493&type=2&theater


Video Ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan berkaitan Kenduri Walimah
https://www.facebook.com/video.php?v=438012346350554&set=vb.226389644179493&type=2&theater


Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.


#1 Bersederhana dalam majlis
Islam sering menganjurkan supaya sentiasa Bersederhana dalam apa jua urusan. Mengadakan majlis dalam keadaan yang terlalu mewah boleh mengundang kepada masalah pembaziran. Bayangkan jika banyak lauk pauk dimasak, tetapi di akhir majlis ia dibuang begitu sahaja. Bukankah membazir itu satu amalan syaitan. Tambahan pula, kita banyak melebihkan persiapan dalam mengikut kehendak tanpa perlu memikirkan keperluan.
Sebagai contoh, banyak majlis yang diadakan penuh megah, namun begitu tiada sebarang ruang solat pun disediakan. Bukankah menyediakan ruang solat untuk tetamu adalah lebih baik. Setidak-tidaknya tetamu boleh meluangkan masa lebih lama lagi bersama tuan rumah.


#2 Hiburan yang melampau
Hiburan itu tidak salah, asalkan ia bertetapan dengan garis panduan Islam. Antara hiburan yang kebiasaannya diadakan adalah berkaraoke. Berkaraoke bersama lelaki dan perempuan di hadapan khalayak ramai pula boleh mengundang satu fitnah. Bukankah kita perlu menjaga batas pergaulan disamping mengetahui bahawa suara seorang wanita itu sebahagian daripada aurat.
Maka antara hiburan yang dicadangkan adalah seperi cabutan bertuah. Acara seperti ini boleh membuatkan majlis bertambah meriah diiringi dengan alunan lagu seperti nasyid dan sebagainya.

#3 Menjamu tetamu tidak kira darjat
Janganlah sesekali kita menjemput tetamu-tetamu tertentu sahaja. Menjemput hanya dari golongan orang kaya sahaja amatlah ditegah sama sekali dalam Islam. Majlis perkahwinan diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang pernikahan seseorang. Ia bukanlah satu majlis yang hanya dihadiri oleh golongan tertentu sahaja.


#4 Amalan yang bertentangan
Mungkin bagi sesetengah orang menganggap, pelamin itu sebagai satu syarat wajib yang perlu disediakan dalam majlis perkahwinan. Namun menyediakan persiapan seperti pelamin adalah harus dan ia sekadar adat sahaja. Tetapi perkara yang dilarang adalah melakukan acara seperti merenjis air mawar, menabur beras kunyit dan lain-lain lagi. Ini adalah berkaitan tentang soal akidah umat Islam.
#5 Melayan tetamu yang hadir
Janganlah kita membiarkan tetamu hadir sekadar makan sahaja, tetapi seelok-eloknya layanlah mereka dengan bertanyakan khabar disamping bersalaman di antara satu sama lain. Pihak pengantin juga perlu memainkan peranan yang penting, jangan menganggap sekadar duduk di atas pelamin, makan beradab itu sudah memadai. Kita perlu melayan semua tetamu tanpa mengira sebarang darjat.


sumber copy & paste
http://kedaibaru.com/adab-mengadakan-majlis-perkahwinan/




No comments:

Post a Comment